Kebanyakkan pengguna ingat menggunakan cable charger type-c/lightning dan adapter yang rambang adalah selamat untuk kesihatan bateri iPhone.

TIDAK.

Salah satu punca penurunan kadar kesihatan bateri atau purata jam penggunaan iPhone adalah pengecasan menggunakan aksesori charger yang tidak berkualiti, tidak diiktiraf atau tidak sesuai design. Memang betul nampak mudah masalah ini, namun untuk jangka masa yang panjang akan memudaratkan kita balik.

Kebanyakkan cable dan adapter yang perlu di cari adalah semestinya cable dan adapter Original Apple kerana aksesori ini sudah pun di keluarkan dengan spesifakasi yang sesuai untuk pengguna iPhone. Ya memang agak pricey untuk cable 1 meter yang berharga RM89 dan adapter RM99 namun untuk kualiti bateri yang tahan lama dan pengecasan yang pantas perlu kita berkorban sedikit.

Selain itu, cable dan adapter yang diiktiraf seperti MFI (Made For iPhone) juga amat membantu dalam penjagaan kualiti bateri dan juga mempunyai harga yang lebih murah dari Original Apple punya. Terdapat juga pelbagai jenama yang di yakini oleh ramai pengguna serta mempunyai ketahanan yang sangat lama seperti Anker, uGreen dan Aukey. Ada juga jenama yang tidak popular namun mempunyai label MFI sudah pun mencukupi untuk kegunaan kita.

Anggapan bahawa menggunakan apa-apa cable dan charger untuk pengecasan amat bahaya bukan sahaja untuk iPhone kita malahan mungkin nyawa kita juga kerana sudah terdapat pelbagai kes yang membuktikan pengecasan menggunakan charger rambang adalah perbuatan yang perlu di elakkan.

Sekian, itu sahaja perkongsian untuk hari ini

Ambrose


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *